Wednesday 10 October 2012

Terkenang ..

Dulu aku ni , bijak ..chubby..peramah..banyak mulut..berani...manja..sporting..friendly
Aku bijak berbahasa inggeris.
Keluarga aku semua tabik dengan aku sebab aku ni setiap kali balik dari tadika..
Aku akan jadi mulut murai dengan menggunakan bahasa inggeris.
Sampai naik muak nak dengar. 
Zaman kecil ku sangat lawak..Hahah..
Rindu pulak dengan  zaman kecil dulu.Rasa nak jadi budak balik.
Waaah! Indahnya..
Masuk sekolah rendah .Darjah 1 aku paling gempak.
Bangun pagi tu,dalam keluarga aku paling awal.
5:30 a.m bersiap untuk ke sekolah ..
Maklumlaa time tadika , start pukul 8:00 a.m
Jadi bila dah sekolah rendah semangat tu bagaikan tinggi menjulang.
Hari2 terpekik terlolok untuk cepat ke sekolah.
Hahahaha.. lawak tak terhingga.
Darjah 3 aku dilantik sebagai Pemimpin Muda Sekolah(PMS)
Waaah time tu aku guna kuasa laa. apa lagi.
Garang giler aku dulu.. Darjah 6 dan 5 belah petang.
Aku belah pagi.. Budak darjah 4 pon takutkan aku apatah lagi budak2 bawah.
YA TAK?! haha..
Garang2 pon , kita menegakkan keadilan.
Aku paling benci budak tak ikut peraturan sekolah.Maklumlah pengawas ,jadi mestilah nak jaga sekolah betul betul .ye tak?
Di sekolah tu , hanya ada satu nama aku .Bangga betul sebab pelajar istimewa.Syukur sebab parents aku bagi nama cantik.
HEEHE. :)
Di sekolah tak semestinya mesti ada manisan , duka pon perlu dicampur untuk menjadi satu memori yang susah untuk dilupakan.
Darjah 4 aku dilantik lagi sebagai pengawas.Bangga sangat sebab cikgu masih percayakan untuk jaga sekolah.Waaah!
Kali ini aku senior belah pagi... Aku selalu jugak baca ikrar. Dan kami pengawas diberi masa rehat awal 10 minit dari pelajar yang lain.Apa lagi , hari2 bedal nasi lemak telur RM1.60 .
Sedaap..
Aku suka jaga time rehat..Jaga barisan , dan juga jaga tangga.Seorang bila tahan orang yang curi2 naik atas. Kita pengawas pon kena berjaga ,takut2 orang yang naik tanpa izin pengawas akan buat kecurian dan sebagainya..
Hhaahahahah... Best best ...
Selepas , lama pegang jawatan sebagai pengawas cikgu pon lantik aku sebgaai penolong ketua pengawas Darjah 4 .
Seronok itu tak terhingga. Sebab cikgu percayakan aku.
Aku suka jaga perhimpunan ..Dan membetulkan barisan orang. Kadang2 budak2 menyakat ..Isyarat mata pon dorang dah faham dengan aku ni.
Betapa famous and garang nya diri aku ni. Garang pon hati ni pon lembut ...Kita nak mendidik mereka..
Aku pernah handal satu kes besar yang melibatkan pengawas dan budak singh.
Pada satu hari itu, time rehat ..Kawan sekelas aku dia memegang jawatan pengawas seperti aku juga .Dia buat hal pada waktu rehat.
Dia boleh pula tarik jambul si budak Singh tu .. apa lagi aku serbu lah ..
Dia boleh pulak bantah aku ..Aku panggil budak lain suruh tahan kwn sekelas aku tu. Aku marah si dia.. Tapi dia bantah .. Aku bawak dia ke bilik guru pengawas dan akhirnya cikgu menggantung jawatan dia sebagai pengawas buat sebulan .
Aku sedih sebab kawan sekelas aku buat macam tu.Dia juga kawan sepermainan aku tapi tak disangka dia boleh buat macam tu.
Bila aku nasihatkan dia , kwn aku tu mampu menangis depan aku .
Aku cuma mampu berkata "Belajar dari kesilapan"
Kisah itu aku ingat sampai aku mati, InsyaAllah~~
Lagi satu kes melibatkan adik aku..
Aku ni jenis pantang kalau orang buat apa apa kat adik aku.. Tak kisah macam mana jadi .. aku akan back up adik aku .Walaupun kena bertumbuk.
Satu hari , kawan sekelas aku dan sejawat dengan aku cari gaduh dengan adik ..Apalagi aku serbu lah kan ..Tak sanggup tengok adik disakiti ..
Hampir bertumbuk tapi aku sabar.Tangan adik aku luka..
Aku 'sound' dia ..Lari lintang pukang ..HAH! Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah..
HAHAHA....Bergenang air mata menceritakan kisah lama ..
                                                              ~sekian~





No comments:

Post a Comment