Thursday, December 24, 2009

Kakakku Kahwin Sudah~~

0 comments


Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma filkhair...

Alhamdulillah..segala puji bg Allah kerana kakak sulungku, Ukht Tasnim telah selamat diijabkabulkan dengan akh Kamarul Azizan...alhamdulillah...

Persiapan yg dilakukan amat singakat dan simple skali..aku terutamanya tidak dpt menolong ape2 pd mula2nya..kerana terlalu sibuk dgn kulyah dan exam...tp aku cover blk lepas hbs exam..alhamdulillah..lagipun aku lah satu2nya adik perempuan yg dia ade yg dpt membantu dia dlm memastikan majlisnya berjalan lancar...

Babaku sendiri yang menikahkan kakakku..katanya, ia lebi afdhal...alhamdulillah..setelah 3 kali lafaz, (huhu) kakakku selamat ,menjadi isteri kepada Akh Kamarul Azizan yg jua merupakan ahli Pembina tetapi dr kawasan Shah Alam...biarpun tidak pernah mengenali antara satu sama lain, tetapi dengan thiqah dan wala' yan ada pada mas'ulah, mereka selamat diijabkabulkan...

Aku pun kena pandai2 sesuaikan diri sebab kakakku dh jadi milik org..tidak boleh lg utk aku bermanja2..merengek2 seperti dahulu..semuanya aku bergantung dgn kakakku...tp kini, aku terpaksa byk hidup berdikari sendiri...hm..sudah tiba utk berdikari barangkali....

Terasa agak janggal mempunyai abg ipar..kerana aku tidak mempunyai abang..mempunyai 2 adik lelaki lain..kita rasa kite lebih 'power'..tp bila ade abg ipar...aduh...kena jd sopan plak...huhu...tambah2 abg ipar seorg ikhwah..hehehe...kalu tidak 'menjaga', mau terkejut badak dia tengok adik iparnya yg juga seorg akhawat berperangai 'nakal'..haha...maaf ye abg kam..hehe

melihat kakakku bahagia, aku jua turut bahagia..kerana itulah yg diidamkan setiap ibu dan jua ahli keluarganya apabila melihat anak perempuannya selamat di sisi jundullah...ameen...

buat Tasnim dan Abg Kamarul, semoga kalian berbahagia ke syurga...

Wednesday, December 23, 2009

Coret2 Musim Cuti

0 comments

Setelah sekian lama 'menyepi' dr blog..terasa mahu coret sesuatu..

ini pun setelah di 'sound' oleh kwn baik sendri..sih sayekti..huu...


cuti sudah bermula..aku menghabiskan masa bersama rakan2 dahulu sebelum pulang ke rumah...sampai saja aku dirumah, ayah aku sempat lagi memerli aku..

"Kauthar ni mcm belajar kat London..balik rumah pon sekali setahun..padahal rumah berapa minit je dekatnye"...waduh..pedih2...baba, kauthar pergi blaja..bukan main2..huhu


byk benda yg dpt aku plajari sepanjang cuti ni.

walaupun bg aku, lebih byk terasa bosan kerana terlalu byk waktu yg ade sehingga x tau nak buat ape. sepatutnya seorang muslim tidak patut rasa sebegini..seorg Da'e apatah lagi..waktu yg ade sepatutnya tidak mencukupi bgnya utk melakukan segala kerja2 dakwah...tp terbalik pula yg berlaku pd diriku sendri..lebih byk waktu yg dibazirkan..almaklumlah..bila berada di rumah..masa utk bercuti sakan lah jawabnya..


sepanjang cuti, mama byk kali mengejut ku utk bangun qiam..dia tahu, anaknya ini sibuk study di universiti, sehingga tidak sempat nak qiam..walaupun terasa tidurku terganggu oleh suara mama setiap pagi, tapi aku bersyukur..kerna masih mempunyai mama yg sentiasa mengingatkan anak2nya pada Tuhan..aku terasa tenang amat diwaktu sepertiga malam..tika inilah air mata yg mengalir, hanya Dia yg memahami...



aku jua berkesempatan menziarahi datukku di kampung..alangkah sayu melihat datuk terlantar sakit di atas katil..segla pergerakannya, dr sekecil2 hal hingga sebesar2nya, semuanya di uruskan oleh anak perempuannya yg paling tua..kerna nenek ku sudah kembali pdNya..aku kagum melihat makcikku yg sentiasa sabar dgn kerenah ayahnya..memandikan, menyuap makanan, membasuh kotoran, dan sebagainya..dia mengambil tanggungjwb ini kerna tahu adik2nya yg lain sibuk dgn keluarga masing2...aku terpikir, bagaimana keadaan org tuaku nnt?? sabarkan kami anak2 melayan kerenah org tua?? ya Allah..berikan ku kekuatan...aku sayang kedua org tuaku ya Allah....


Aku jua ziarah makcik n pakcik2 ku dikampung..sempat juga melihat gelagat anak2 mereka...terdetik di benak pikiran aku melihat perangai anak2 setiap pakcik makcik ku..ade yg baik amat..soleh solehah lah katakan..ade jua yg tidak nampak langsung islamiknya...ade jua yg agak kurang sopan...salah siapa semua ini??? salah ibu bapakah yg mendidik??? ini semua buatkan aku takut pada perkahwinan...tanggunngjawab yg besar...hm..lupakan aje..tp perlu dipikir2kan juga...


sekian saja coretan aku kali ini..sehingga bertemu lagi..hehe...

Friday, September 18, 2009

Bilal bin Rabah di zaman modern

0 comments
di sini saya ade satu kisah yang sgt hangat..
berdiri bulu roma masa saya dengar kisah ni..
jadi saya pon nak kongsikan sedikit sebanyak..

td, ayah saya baru balik dari masjid..pelik jugak kenapa ayah balik lambat mlm ni..
hampir kul 12 tgh mlm baru balik rumah..
ingatkan ade meeting..sbb ayah nazir masjid Damansara..
rupa2nya, ayah berborak2 dngan seorang jemaah masjid...muallaf
ayah bercerita kpd kami mengenai seorang muallaf yang menghadapi masalah.
muallaf tersebut sedap namanya..HAIKAL..berbangsa cina mungkin..(ayahnya cina, maknya India)
berumur lebih kurang 27 tahun katanya...berasal dr kedah
begini cerita saudara kita, HAIKAL, kpd ayah saya dan beberapa kwn2 ayah di masjid tadi...

kata Haikal, dia baru sahaja memeluk agama Islam,lebih kurang 9 - 10 bulan...
ayah Haikal merupakan salah seorg jutawan di negara kita..
dan Haikal pd masa sebelum Islamnya, juga seorg jutawan..
mereka merupakan ALONG2 di negara kita...duit berjuta2...
dan menjalankan bisnes ALONG HARAM...ayahnya ade byk gengstar2...
pada suatu hri, Haikal jatuh sakit, sakit tenat yg teramat..
masa kat hospital, doktor yg merawatnya adalah seorg India beragama Hindu..
kata doktor, dia x ada harapan hidup..
masa tu, pulse dia dah lemah..tinggal nak berhenti dlm beberapa minit je..alah, graf2 yg ade kt hospital tu..graf Haikal masa tu menurun...tanda2 nak mati...
saya xtau ape name benda alah tu....
masa tgh tenat tu,dlm koma, Haikal bermimpi, ade seorg berserban, berjubah putih, dalam keadaan bercahaya, menghulurkan tangan pada Haikal...
Haikal pun sambut salam tersebut...ms berlaku mimpi tu, doktor kata, graf Haikal yg menurun tu terus naik mendadak..melambangkan dia hidup...dangraf itu membentukkan kalimah Allah
doktor tu pelik sgt2..(ni doktor tu cerita balik kat Haikal)
selepas kejadian tersebut, doktor yang beragama hindu tu masuk Islam,bersama ahli2 keluarganya yg lain..katanya, dia x pernah lihat org mati hidup semula dan terkejut melihat kalimah Allah pd graf...
masyaallah

then, kisah si Haikal ni, selepas keluarganya mengetahui ttg keIslamannya,
ayahnya menghantar gengstar2 Along dia tu, utk mencari Haikal...
Haikal diikat dgn rantai besi mcm salib,diikat di pokok kelapa sawit..
dan disebat2, di seksa, dipukul dan sebagai dera dilakukan ketasanya...
ayahnya sendiri meletakkan pedang SAMURAI ke lehernya...
and bg warning, sama ada Haikal keluar dr Islam, atau Mati.
Haikal dgn berani memilih jalan mati.
masa tu pedang samurai tu ade kat lehernya, tinggal nak sembelih je..
Haikal melaungkan takbir,"Allahu Akbar!"
selepas Haikal bertakbir dgn kuatnya, haikal melihat tangan ayahnya menggigil lalu terlepas pedang samurai tu dr tangannya, dan gengstar2 semua lari lintang pukang..
katanya, wallahua'lam..dia pon xtau nape semua org lari..itulah kekuasaan Allah..

kini Haikal sedang melarikan diri..
kerana ayahnya telah mengarahkan gengstar2nya mencari Haikal..
ayahnya telah membakar segala dokumen2 penting milik Haikal termasuk IC,kad Islam etc...

jd, td kwn2 ayah membawa Haikal ke pejabat polis utk buat laporan..
esok, Haikal akan bertolak ke Kelantan,
katanya ingin belajar agama Islam di pondok kelantan..

ayah saya kata, senyum aja si Haikal tu..tgk mcm x ada mslah..
nsb baik ade jemaah masjid menegur dia kerana melihat dia seperti hilang arah di masjid td...
tambah ayah lagi, "Berdiri bulu roma baba mendengar cerita Haikal..ada lagi BILAL Bin Rabah di zaman modern..masyaAllah"

jd, kwn2, kita yg mmg sejak lahir adalah seorg Muslim, mampukah kita sekuat Haikal??
sejauh mana kuatnya iman kita jika diuji seperti Haikal???
sama2 lah kita muhsabah....

takbir!! "ALLAHU AKBAR!"

Sunday, August 30, 2009

Seni-seni Tawadhuk

0 comments
Tawadhuk yang sebenar tidak akan sempurna melainkan pada peribadi yang merendah diri dan telah mempraktikkan semua seni tawadhuk.
Oleh itu, tawadhuk atau rendah diri adalah sebuah seni. Ia terzahir pada mimik muka, cara bersalaman, cara bergaul dengan orang lain, cara senyuman, cara menaiki kenderaan, cara menolong orang, dan cara pemakaian. Dengan itu, peribadi tersebut pada setiap masa dan keadaan menjadi orang yang tawadhuk, kerana seni-seninya yang pelbagai dan menyeluruh.Seni-seni inilah yang akan kita bincangkannya di sini.

1. Tawadhuk pada reaksi muka

Seorang sahabat pernah berkata mengenai seni tawadhuk Nabi s.a.w pada muka baginda s.a.w:“Baginda tidak akan memalingkan muka darimu sehinggalah engkau memalingkan muka darinya.”

2. Tawadhuk dalam bersalaman

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan menarik tangannya ketika bersalaman, sehinggalah orang yang bersalaman dengannya menarik tangannya.

3. Tawadhuk dalam memberi salam

Rasulullah s.a.w apabila baginda memberi salam, baginda akan memberi dengan seluruh badannya (menghalakan badannya pada orang tersebut).

4. Tawadhuk dalam majlis

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w akan duduk pada satu majlis sehinggalah majlis itu berakhir.

5. Tawadhuk dalam senyuman

Baginda s.a.w adalah orang yang sentiasa senyum bila kamu berjumpa dengannya. Salamnya dimulakan dengan senyuman pada mukanya sebelum pada tangannya. Ia adalah muka yang tersenyum dan pandangan mata yang suci yang tidak membawa maksud selain cinta dan kasih.

6. Tawadhuk ketika berjumpa

Suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasulullah s.a.w dalam keadaan gementar kerana menyangkakan dia akan bertemu dengan seorang yang seperti raja dan ketua kaum, lalu baginda s.a.w berkata kepadanya: “Tenangkanlah dirimu, sesungguhnya aku ini bukanlah raja. Aku hanyalah anak kepada seorang perempuan, yang memakan ‘kadid’ (nama sejenis makanan kampung) di Mekkah.” – Riwayat Ibn Majah.

7. Tawadhuk dalam menaiki tunggangan

Nabi s.a.w memilih untuk menunggang keldai, sedangkan baginda mampu untuk memiliki kuda, hanya kerana rasa tawadhuknya di hadapan Allah s.w.t. Bukanlah yang dimaksudkan dengan tawadhuk kepada Allah itu, menghinakan diri di hadapan manusia, padahal manusia itu kehebatannya dikira dengan siapa yang menunggang kenderaan tersebut, bukan dengan luaran. Pandangan dari sudut material yang cacat dan sempit itu adalah pandangan munafik tikamana salah seorang daripada pembesar orang munafik menyakiti keldai Rasulullah s.a.w, hampir-hampir berlaku pertempuran di antaranya dengan salah seorang muslimin.Pada hari peperangan Khaibar pula, Nabi s.a.w pulang ke Madinah dengan kemenangan ke atas Yahudi, sambil menunggang kudanya di tengah-tengah barisan tentera muslimin. Apabila mereka sedang meraikan kemenangan tersebut, Nabi s.a.w berkata: “ Di manakah keldaiku yang dulu itu?”Ia seperti mana jika baginda s.a.w hidup pada waktu ini: “Di manakah bas? Keretapi?” (dan juga pengangkutan awam yang lain) – hanya kerana sifatnya yang tawadhuk tidak melupakan apa-apa pun yang pernah berkhidmat padanya sebelum ini.

8. Tawadhuk dalam bekerjasama

Pada setiap projek khidmat awam atau sukarela, Nabi s.a.w memilih kerja yang paling susah. Ketika menggali parit dalam peperangan Khandak, baginda telah turun di tengah-tengah lubang tersebut sedalam tiga meter, untuk mengangkat pasir-pasir sehingga para sahabat telah berkata: “Sesungguhnya kami telah lihat badan Nabi s.a.w telah diliputi oleh pasir”.Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah, cukuplah engkau, biarlah kami pula yang lakukannya.”Maka Nabi s.a.w berkata: “Aku tahu bahawa kamu pasti akan lakukannya, tapi aku tidak suka dilihat lebih daripada kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka seseorang hamba yang dilihat lebih istimewa berbanding sahabat-sahabat yang lain”.Nabi s.a.w apabila membahagikan tugas bersama-sama para sahabat, baginda akan memilih tugas yang paling berat ketika baginda berkata: “Dan untukku adalah semua tugasannya”.

9. Tawadhuk dalam berpakaian

Bukanlah yang dimaksudkan dengan tawadhuk dalam berpakaian, kita memakai pakaian yang koyak rabak dan compang camping. Suatu hari ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata: “Aku adalah seorang lelaki yang sukakan pakaian yang cantik dan elok, adakah ini sebahagian daripada sombong?”Lantas baginda s.a.w menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik, dan menyukakan kecantikan.” – Riwayat Muslim.Maka tawadhuk di sini adalah kita tidak memakai pakaian untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk serta membesar diri. Tetapi cukuplah kita memakai suatu pakaian yang cantik, elok dan sesuai, sebagai seorang muslim yang berinteraksi dengan nilaian Allah, bukan nilaian manusia. Ini adalah suatu perkara yang cantik darimu yang disukai Allah s.w.t.Kalau sebaliknya, maka itu adalah suatu bencana yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w: “Ketika seorang lelaki berbangga-bangga dengan pakaiannya, lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam bumi, dan dia terkapai-kapai di dalamnya sehingga hari Kiamat.” – Riwayat Muslim.

10. Tawadhuk dalam setiap masa

Lihatlah peristiwa Khaibar, ketika Nabi s.a.w bersama seorang budak perempuan kecil, dan memboncengnya di belakang baginda s.a.w. Apabila baginda mahu bergerak , baginda berkata kepadanya: “Hulurkan tanganmu” lantas baginda menurunkannya.Ketika peperangan berakhir, dan harta rampasan diagih-agihkan, baginda memanggil budak perempuan tersebut untuk mengambil sekalung rantai daripada harta tersebut. Budak perempuan itu terkejut apabila Nabi s.a.w berkata kepadanya: “Tidak, biar aku memakaikanmu rantai ini”. Budak tersebut kemudian menyebut mengenai rantai tersebut: “Demi Allah aku tidak akan mencabut rantai ini selamanya, sesungguhnya aku telah berwasiat supaya rantai ini dikuburkan sekali bersamaku dalam kubur.” – Riwayat Ahmad.

11. Tawadhuk di atas takhta pemerintahan

Seorang lelaki (di kalangan orang-orang yang hatinya tertarik untuk memeluk Islam – Muallaf) berkata kepada Abu Bakar r.a: “Wahai khalifah Rasulullah, tidakkah aku layak menerima sebahagian daripada zakat?”.Maka Abu Bakar r.a perintahkan untuk diberikan padanya sepotong tanah, dan berkata padanya: “Pergilah kepada Umar Al-Khattab r.a dan mintalah Umar menjadi saksi terhadap pemberian tersebut.”Lantas lelaki tersebut pergi kepada Umar Al-Khattab, lalu Umar berkata: “Demi Allah aku tidak akan bersaksi ke atas tanah ini. Sesungguhnya dahulunya kamu (golongan muallaf) ini dapat bahagian daripadanya kerana Islam ketika itu lemah, tetapi sekarang Islam telah kuat”.Lalu Umar memegang surat tersebut dan mengoyakkannya. Kemudian lelaki itu pergi menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Demi Allah, aku tak tahu siapakah di antara kamu yang sebenarnya khalifah?”Lalu Abu Bakar membalas: “Dia (Umar), kalau dia mahu.”Adapun Umar dia berkata: “Menyesalnya aku, alangkah baiknya kiranya aku ini hanya sehelai rambut pada hati Abu Bakar”.Suatu hari telah datang satu rombongan dari Iraq, dan Ahnaf b. Qais termasuk dalamnya untuk bertemu Umar Al-Khattab. Pada ketika itu Umar berada di kandang unta, membersihkan sendiri unta sedekah. Apabila Umar melihat mereka, dia memanggil Ahnaf: “Wahai Ahnaf, mari ke sini, tolonglah Amirul Mukminin, untuk membersih unta sedekah ini”.Lantas berkata salah seorang lelaki daripada Iraq itu: “Semoga Allah merahmatimu wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau tidak menyuruh hamba daripada hamba-hambamu untuk membersihkan unta ini?”Lalu Umar menjawab: “Dan hamba manakah yang lebih layak disuruh melainkan aku dan juga Ahnaf b. Qais? Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya siapa yang telah dilantik untuk menjaga urusan muslimin, dia adalah pada kedudukan hamba daripada ketua?”*Ahnaf b. Qais kemungkinan pada waktu itu adalah ketua rombongan mereka.

12. Tawadhuk dalam mendengar

Nabi s.a.w berkata: “Janganlah engkau terlalu mengangkat aku sepertimana orang Nasrani mengangkat Isa b. Maryam, kerana sesungguhnya aku hanyalah hamba. Maka katakanlah aku sebagai hamba Allah dan utusan-Nya”. – Riwayat Bukhari.13. Tawadhuk orang yang kuatSesungguhnya Nabi s.a.w menghadiri orang-orang yang miskin di kalangan muslimin dan menziarahi orang-orang sakit mereka serta menyaksikan jenazah-jenazah mereka. – Riwayat Abu Ya’la.Dan baginda s.a.w juga duduk di atas tanah, dan makan di atasnya, mengembala kambing, serta memenuhi jemputan seorang hamba yang hanya menjamunya sepinggan bali. – Riwayat Tabrani.Baginda s.a.w menziarah orang Ansar dan memberi salam kepada anak-anak mereka, serta mengusap kepala-kepala mereka. – Riwayat Nasaie.

Monday, August 3, 2009

Virus Sibuk & Hebat

0 comments
Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.

Nabi s.a.w bersabda :-

ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )

Ada yang terdetik di sudut hatinya.

"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.

Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.

Ada yang terdetik :

"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."

Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.

DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL

Lagi detikan :-

"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"

Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa
darinya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :

"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"

PALING ALIM

Selain dari itu, ada yang terdetik :

"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"

Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-

وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih
mengetahui" ( Yusuf : 76 )

Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-

كل الناس أفقه من عمر

Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )

Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-

أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره

Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )

Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi.

Tuesday, July 7, 2009

Outward Bound School@Lumut,Perak~Petronas Scholar 5/2009

1 comments










Outward Bound School..Batch: Petronas Scholar 5/2009
DAY 1:

aku di arahkan supaya berada dalam grup Gading..En.Irwan instructor kami..(dia ex-staff UIA.huhu..sowi en.irwan..terbocor plak..)Dapat bilik Beremban..79 anak tannga sebelum sampai ke bilik..huh..sampai2 je amik gambar sebgai peserta OBML...mcmane plak aku bleh dikategorikan sbgai rendah?duk 1st line dlm gambar!! oh tidak..ku ingatkan dah ckup tinggi..huhu

DAY 2:

Blaja knotting..fisherman knot..figure of eight knot..n etc..aku ingat name knot je..tp x ingat pon cmne nak simpul..dpt tali je..aku simpul cara aku ingat..tp x tau name pe..huhu...Blaja pasang khemah..tp bile time kena pasang betol2..guyz yg tlg psgkan khemah..thanx guyz Gading..huhu

Blaja kayak! Batyr@Kot adalah psgn kayak aku..dia foreigner dr Turkemanistan..sgt2 friendly..even aku dh banyak kali kayak..(leh dikatakan terer la gak)..tp hari tu aku xtau nape rase takut gile blaja kayak..sbnrnyer...sbb dia suh blaja kepsais...(betol ke ejaan nih??ntah le..wat xtau je)..kepsais adalah apabila kayak itu terbalik..jadi kami di ajar cara2 nak selamatkan diri apabile berlaku kepsais...En.Irwan suruh setiap org rasa cmne kepsais supaya bile berlaku betol2 nnt, xde r menggelabah...tp aku berjaya larikan diri dr blaja bab kepsais!! huhu...aku fobia air laut!! sowi en.irwan..haha...

petang tu kami berkayak ke camp site di teluk sekadeh ke ape ntah..kami berkayak sejauh 3km lebih...tp sgt2 memenatkan...setibanya di teluk segadeh..yg pompuan cepat2 gi memasak sblum gelap..nasi kami lembik..tu lah..semua dh biasa dgn rice cooker..huhu..bak kate firmann..leh buat nasi impit...haha..

mlm tu gilir2 jaga camp site..niniey n nisa tak bangun!! mau kena perli..haha...nsb bek aku n mas pilih jaga kul 5-6 am...sambil2 tu siapkan mknan breakfirst n lunch...

DAY 3:

pg esoknya kami bertolak pulang ke OBML...kami kayak hampir 20km!!!! sangat2 menyeksakan! rasa cam nak putus segala anggota yang ade...nsb bek Kot yg friendly menghilangkan bosan aku..walaupon terbelit2 lidah aku nak kena speaking dgn dia..tp xpe! dia mmg best! nsb bek jgklah Kot sgt kuat..dia suruh aku rilek jap biler dh lame kayak..biar dia yg paddle..sbb dia dh tgk aku mcm lembik dah..thanx Kot!

tiba di OBML, kami di arah simpan kayak dlm stor..tp Kot ni baik orgnya..dia x bg aku angkat kayak..berat kot!! dia slalu mintak tlg laki lain angkatkan kayak dgn dia..aku sbgai prempuan, duk diam2..sgt2 muliakan wanita..huhuseharian kayak! sgt2 penat..hari tu kami rest secukupnya! ganti tido smalam...

DAY 4:
hari ni kami blaja menggunakan whaler...aka sailing..best giler! 1st time in my life!!sblum blaja, grup lagi satu dh remind mcm2...diorg kate sailing sgt2 seksa..tp lepas aku alaminya sendri..x penat kot..x de la seksa..aku rasa..kayak 20km tu lagi seksa..sbb xleh nak berdiri dlm kayak..sampai kebas kaki aku! at least dlm whaler leh berdiri n berjalan2 lagi...
byk bnda aku blaja...mcm mane nak handle sail...gerakan angin...kemudi..etc...en.irwan ajar kitorg sailing hari ni.,,sbb esoknya kitorg akan sailing jauh gile..
DAY 5:

kami bertolak dalam pukul 8 lebih..kitorg sailing jauh giler! rsanya lagi jauh dr kitorg kayak! lalu base navy! lalu pangkor laut..feri2 pelancong pon lalu kat whaler kitorg..siap amik gambar lagi..huu...dah la kapal2 navy asyik lalu jer! ombak besar mcm ape..mmg mengganggu whaler kitorg betol! aku dh la takut kepsais...nsb x jd pape...huhu...jauh giler whaler..tp x rs penat..sbb seronok!

lagi satu cite best time whaler, kalau sesape nak buang air, kena terjun dalam laut n gunakan pelampung keselamatan sebgai toilet bowl.huhu...stakat ni xde sape yg guna..tahan ajo la..haha

dalam pukul 2 ptg kami tiba di pantai syawal..ni lah camp site kami yg kedua...x ada toilet mcm kat teluk sekadeh..yg ade cuma hutan dan perigi..best giler mandi perigi...main api...tido dlm khemah...nsb bek x hujan...huhu...mcm biasa...kami mula memasak sblum hari gelap..n mlm tu bertugas jaga camp site mcm biasa...
DAY 6:

kami bertolak pulang ke OBML..kali ni guna jalan short cut! kami sampai awal...rasanya, mkanan breakfirst td pon x sempat hadam lg..huu....

pada sebelah malam kami ada malam BBQ..setiap kumpulan kena wat persembahan..kami buat lagu joget melayu..."melenggang hai melenggang dgn tari lenggang.kalau baik hati nnt org pun sayang"mmg memalukan!! dah la kena perform 1st skali!!tp mlm tu sgt2 menghiburkan! mcm2 persembahan lawak...

selesai BBQ..kami kena basuh segala bekas2 yg ada..apa yang penting?kerjasama...

DAY 7:

hari closing...setiap peserta di beri sijil...kami bertolak dlm pukul 10 lbh...n tiba di KLCC dlm pukul 4...kesimpulan:muka ku hitam n belang2!badan ku lebam2!tp mengingatkan segala aktiviti yg dialui...segala kesakitan pon hilang...thanx OBML sbb mencederakan aku..huhu..tp byk mengajar aku erti kehidupan...wallahua'alam...

Sunday, June 14, 2009

Perginya Pejuang Agama~ Sheikh Fathi Yakan

2 comments

Berita kematian


Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.

Berita penafian

Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:

Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.

Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.

Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.
Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.

Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)


Akbar Jazeera menyatakan: Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu. Sumber AFP pula menyatakan: Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan. Islamtoday telah menyatakan: Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.


Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

 

Inni Akhafullah Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template