Friday 10 May 2013

Tuan Puteri bertemu 3 Laksamana

Waahh,topik pun nampak macam cerita dongeng kan ? Yeaahh memang dongeng pun -,- . Hee... Dongeng yang bakal menjadi realiti.
Hewhew ,okay let's start the dongeng story.
                   
       
                                 Bab 1 : Laksamana Merepek ;)


Pada suatu hari di Istana Pokhara .. Sedang tuan puteri bersiap untuk melawat semua rakyatnya,dia terdengar satu rahsia tentang tiga orang jejaka di setiap kampung..iaitu Kampung Ru ,Kampung Ra dan Kampung Ri .Kampung itu jugalah tempat yang dia akan pergi.Dia bepikir untuk menyelidik tentang tiga jejaka itu dan memberi gelaran sebagai Laksamana Tuan Puteri GTM.

Setelah siap persiapan untuk berangkat,tuan puteri mengarahkan supaya membawa bekalan sebanyak  tiga bakul yang diisi dengan makanan,pakaian dan alat keperluan diri.Setelah semua bersedia untuk bergerak,seluruh rakyat di Istana Pokhara  bersorakan dan berdoa agar tuan puteri selamat sampai dan balik .

Perjalanan yang agak jauh dengan penat akhirnya sampai juga di Kampung Ru. Kampung yang sangat indah dan nyaman lagi tenteram. Disini juga terdapat satu tempat yang mempunyai ramai jejaka tampan yang sedang memanah. Mungkin disini kawasan mereka untuk memanah.Tapi mengapa hanya jejaka sahaja yang berada disini.Mana pergi wanita2 yang lain?Perempuan juga boleh memanah sedangkan tuan puteri pun berminat untuk memanah.

Semua pengikut tuan puteri berjalan jalan pusing satu kampunng Ru.. Rupa rupanya semua wanita disini.Oh ,mungkin di sana kawasan laki dan disini pula kawasan perempuan.Wah,sangat hebat..Kampung ini mempunyai ladang2 yang berguna.Mereka disini rajin bercucuk tanam. Adakah ini kampung Ru yang mempunyai jejaka yang disebut ?

Setelah penat satu hari merantau,semua pengikut tuan puteri berehat di suatu tempat yang dikhaskan oleh penghulu kampung ini. Semua pengikutnya sudah kelihatan penat dan mereka juga hanya berehat di tempat penginapan,sedangkan tuan puteri pula tetap bersemangat utk mencari jejaka itu.

Sedang tuan puteri merenung di tepi laut ,tiba tiba terdengar ada orang menyanyi dengan penuh penghayatan . Tuan puteri ketawa kerana setiap bait lirik itu penuh dengan jenaka. Apa yang cuba lelaki itu sampaikan? Siapakah gerangan mu? Pertanyaan itu membuat tuan puteri ingin menyapa dia..

"Siapa kamu?" kata tuan puteri.
"Aku?Wah,akulah manusia.Kenapa tak percaya?"kata jejaka itu.
"Memang kau manusia tapi siapa namamu?Boleh aku tahu?" kata tuan puteri.
"Aku Merepek !" katanya dengan penuh semangat.
Mengekik tuan puteri dibuatnya.Apa jenis nama tu?Haha,tuan puteri seakan tidak boleh berbicara lagi kerana terlalu geli hati.
"Kenapa,aku salah kata kah?Udah udah lah nak gelakkan nama aku.Tak ke stlye nama tu?" kata si merepek.
"Wah ,uniknya.Aku mendengar suara kau tadi ,liriknya penuh dengan merapu.Benarkah nama kau itu?" kata tuan puteri dengan ketawa yang bersisa.
"Ya,benar.Aku kuat merepek, jadi aku digelar merepek. Siapa kau?" kata si merepek.
"Aku tuan puteri di Istana Pokhara.Tahukah kamu?Wah,boleh aku kenal kau?" kata tuan puteri dengan penuh harapan.
"Tuan puteri GTM kah ni?Wah,boleh .Tentu saja. Apa tuan puteri buat disini?"kata si merepek dengan penuh tanda tanya.
"Haha,aku rasa aku sudah jumpa dengan jejaka itu.Ya,itu kau ! " kata tuan puteri dengan penuh keyakinan.Si merepek seakan tidak percaya dan tidak faham apa yang dimaksudkan tuan puteri.Aku?Mengapa aku?

Tuan puteri membawa si merepek bertemu dengan semua pengikutnya dan memberitahu dia telah berjumpa dengan jejaka yang di cari selama ni.Dengan penuh tanda si merepek bertanya " Kenapa aku?"
"Nanti aku ceritakan ya?" kata tuan puteri dengan senyuman manis.

Pada malam itu ,mereka seakan akrab apabila segalanya sudah diceritakan.Tuan puteri sangat gembira kerana pada malam itu dia hanya dipenuhi dengan gelak tawa .Lupa sudah pada kesedihan yang menimpa hatinya dahulu.Tuan puteri sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang seperti si merepek ini.Tuan puteri menghargai pertemuan dia dengan si merepek. Seolah olah dunia ini bertukar sekelip mata kerana dia tahu hidup perlu diwarnai dengan keceriaan. Suka dan duka dia bersama si merepek.
Kali ini tuan puteri sangat yakin untuk memberi satu penghargaan kepada si merepek . Dia akan membawa si merepek ke Istana Pokhara dan memberikan penghargaan kepada si merepek.

Setelah 3 hari menginap di Kampung Ru ,tuan puteri dan pengikutnya pulang ke Istana Pokhara semula dengan perasaan yang gembira.Tidak sabar untuk memberitakan kepada rakyat Istana Pokhara. Begitu juga dengan Si Merepek ,dia juga berasa senang dan selesa bersama dengan tuan puteri dan berharap dapat mewarnai hari2 tuan puteri.

Majlis telah pun selesai,akhirnya dengan rasmi Si Merepek telah menjadi Laksamana Merepek di Istana Pokhara. Semua rakyat Pokhara bersorak kerana gembira menerima Laksamana yang menggelikan hati seperti Merepek.Dengar nama pun dan geli hati lagilah perangai dia yang suka buat orang jauh dari perasaan marah,sedih dan bengang. Semoga gelaran ini tetap berkekalan di hati.

                                                         ~THE END~

No comments:

Post a Comment