Monday 10 December 2012

Bersarang

Fuuhhh,lama tak bukak blog.Eh,eh.. nak update apa ni.Aku ni bukanlah macam abg besar aku Si Nutter tuee.Boleh la dia update mcm mcm..Aku ni harapan lah boleh update mcm tu.Kena cari idea ni.Nutter sekarang ni dia dah graduate daripada jadi pelajar sekolah menengah.Waaah nanti dia janji nak bawak pergi jalan jalan naik kereta dia.Hahah..Btw,hari ni aku nak cerita pasal Abang Besar waa.Mr.Nutter..
Ehemm, firstly jumpa dia time orientasi pelajar asrama yang baru masuk.Akulah tu salah seorang nya.Aku kenal Nutter ,kenal macam jalan berselisih itu je.Tak tahulah macam mana boleh rapat dengan Abang Besar tue.Btw,bagi aku dia terkenal dekat sekolah.Cakap je nama dia majoriti semua orang kenal.Cikgu cikgu pon kenal dia.Dan dia aku tengok banyak sangat berjasa pada sekolah.Lagi lagi dia tu PRS sekolah SAMSHSB.Kalau nak dikata pelajar luar pon boleh kenal dia,apatah lagi pelajar asrama.Sejak aku kenal dia ,dia banyak membantu aku dalam menyelesaikan masalah.Aku dan rakan rakan aku dulu tak berapa suka dia disebabkan dia minat K-POP.Hahah..but lama lama aku okay dengan cara dia..Btw,korang akan rasa terharu sangat bila dah kenal lama dengan dia.Dia seorang yang memahami perasaan seseorang dan advice yang dia bagi berharga.Kalau tak dengar...hurmm..silap jalan laa.
Sejak aku keluar asrama and pindah sekolah..dia yang rapat ngan aku..jadi renggang sikit..Sejak junior baru mula kenal dia.So,aku ngan member aku sorang ni jenis mengadu kat dia ,dah hanpir jelous sbb dia dah jumpa junior baru dia.Bila aku tegur dia balik,ada je orang nak sibuk..Hahaha..Macam lawak pulak.Takpelah aku tak berapa kisah kalau ada banyak junior dah rapat ngan dia.Hahaha..Btw,aku bersyukur gileee sebab Allah pertemukan seseorang yang taknak biar aku terjunam daripada jalan yang dah bengkang bengkok dan menyelamatkan aku dari lautan perasaan..
Okay penat taip ..Dah ah situ sahaja ..Apa apa pun yang baca ni ,kalau nak sangat kenal Si Abang Besar Wa ni, Follow on twitter @khaidernutter  ,Add facebook Khaider bin Bustami ..
Peace dan selamat beramal ,Assalamualaikum

Wednesday 10 October 2012

Hari tersedih :'(

Bila dah 4 tahun stay sekolah TTDI JAYA ..
Family aku bercadang untuk pindah.
Aku sedih sebab akan tinggal 'member' yang tersayang.
Untuk pengetahuan kalian , aku sangat anti budak perempuan kelas aku sebab mereka sangat teramat gedik .
Dulu time Pendidikan Jasmani cikgu benarkan aku bermain bola sepak dengan budak laki.
Aku rasa diriku aku ni seorang 'Lelaki' .. Sangat lah best ..
Aku digelar 'Tomboy' di sekolah sana .. Sebabkan itu ,perempuan ramai yang  tak suka kawan dengan aku ..
Takpe tak kisah pon.Hidup Aku ,Hidup Kalian lain .. Harap maklum .
Hari2 aku bermain dengan budak laki ..Budak laki pon dah anggap aku ni bestfriend dorang .
Secara jujurnya, aku tak reti nak berkawan dengan perempuan ..Bila aku dekat dengan dorang adea je yang tak kena. Menyampah betul kalau lama2 kawan dengan dorang.
Bila kwan dengan budak laki , no matter what i did they will accepted .
Thanks so much friends ..
Macam2 aku buat dengan budak .Kerusi, aku tak kisah kalau dorang nak kongsi .. Biasa lah budak SK...Main redah je ..
Hahahaha...Aku tak berapa matang jadi buat tak tahu laa..
Selepas aku dapat tahu aku akan berpindah sekolah lain .. Aku berlagak di depan kelas dan buat pengumuman yang aku bakal berpindah .
Kegembiraan tercetus tapi hanya allah je yang tahu betaap sedih akan tinggalkan jawatan PMS dan rakan2 yang lain.
Tibanya hari esok , aku dapat surat yang aku masih terpilih untuk menjadi pengawas . Hati ini hanya mampu menangis melihat surat itu sebab aku tak boleh pegang jawatan itu sebab aku akan pindah tahun depan . Aku hanya mampu senyum dihadapan rakanku yang sering tanyakan adakah aku bakal terima jawatan itu lagi .
Aku berterima kasih sangat kepada cikgu yang percayakan aku selama aku memegang jawatan sebagai Pen.Ketua Pengawas .
Akhir waktu sekolah , aku dan rakan ku berpelukan dan minta maaf .. Kebanyakan nya laki yang serbu aku .. Sumpah best kawan dengan mereka .
Hanya allah je betapa gembira hatiku bila dapat kenal kawan yang sporting macam tu .
                                                               ~sekian~

Terkenang ..

Dulu aku ni , bijak ..chubby..peramah..banyak mulut..berani...manja..sporting..friendly
Aku bijak berbahasa inggeris.
Keluarga aku semua tabik dengan aku sebab aku ni setiap kali balik dari tadika..
Aku akan jadi mulut murai dengan menggunakan bahasa inggeris.
Sampai naik muak nak dengar. 
Zaman kecil ku sangat lawak..Hahah..
Rindu pulak dengan  zaman kecil dulu.Rasa nak jadi budak balik.
Waaah! Indahnya..
Masuk sekolah rendah .Darjah 1 aku paling gempak.
Bangun pagi tu,dalam keluarga aku paling awal.
5:30 a.m bersiap untuk ke sekolah ..
Maklumlaa time tadika , start pukul 8:00 a.m
Jadi bila dah sekolah rendah semangat tu bagaikan tinggi menjulang.
Hari2 terpekik terlolok untuk cepat ke sekolah.
Hahahaha.. lawak tak terhingga.
Darjah 3 aku dilantik sebagai Pemimpin Muda Sekolah(PMS)
Waaah time tu aku guna kuasa laa. apa lagi.
Garang giler aku dulu.. Darjah 6 dan 5 belah petang.
Aku belah pagi.. Budak darjah 4 pon takutkan aku apatah lagi budak2 bawah.
YA TAK?! haha..
Garang2 pon , kita menegakkan keadilan.
Aku paling benci budak tak ikut peraturan sekolah.Maklumlah pengawas ,jadi mestilah nak jaga sekolah betul betul .ye tak?
Di sekolah tu , hanya ada satu nama aku .Bangga betul sebab pelajar istimewa.Syukur sebab parents aku bagi nama cantik.
HEEHE. :)
Di sekolah tak semestinya mesti ada manisan , duka pon perlu dicampur untuk menjadi satu memori yang susah untuk dilupakan.
Darjah 4 aku dilantik lagi sebagai pengawas.Bangga sangat sebab cikgu masih percayakan untuk jaga sekolah.Waaah!
Kali ini aku senior belah pagi... Aku selalu jugak baca ikrar. Dan kami pengawas diberi masa rehat awal 10 minit dari pelajar yang lain.Apa lagi , hari2 bedal nasi lemak telur RM1.60 .
Sedaap..
Aku suka jaga time rehat..Jaga barisan , dan juga jaga tangga.Seorang bila tahan orang yang curi2 naik atas. Kita pengawas pon kena berjaga ,takut2 orang yang naik tanpa izin pengawas akan buat kecurian dan sebagainya..
Hhaahahahah... Best best ...
Selepas , lama pegang jawatan sebagai pengawas cikgu pon lantik aku sebgaai penolong ketua pengawas Darjah 4 .
Seronok itu tak terhingga. Sebab cikgu percayakan aku.
Aku suka jaga perhimpunan ..Dan membetulkan barisan orang. Kadang2 budak2 menyakat ..Isyarat mata pon dorang dah faham dengan aku ni.
Betapa famous and garang nya diri aku ni. Garang pon hati ni pon lembut ...Kita nak mendidik mereka..
Aku pernah handal satu kes besar yang melibatkan pengawas dan budak singh.
Pada satu hari itu, time rehat ..Kawan sekelas aku dia memegang jawatan pengawas seperti aku juga .Dia buat hal pada waktu rehat.
Dia boleh pula tarik jambul si budak Singh tu .. apa lagi aku serbu lah ..
Dia boleh pulak bantah aku ..Aku panggil budak lain suruh tahan kwn sekelas aku tu. Aku marah si dia.. Tapi dia bantah .. Aku bawak dia ke bilik guru pengawas dan akhirnya cikgu menggantung jawatan dia sebagai pengawas buat sebulan .
Aku sedih sebab kawan sekelas aku buat macam tu.Dia juga kawan sepermainan aku tapi tak disangka dia boleh buat macam tu.
Bila aku nasihatkan dia , kwn aku tu mampu menangis depan aku .
Aku cuma mampu berkata "Belajar dari kesilapan"
Kisah itu aku ingat sampai aku mati, InsyaAllah~~
Lagi satu kes melibatkan adik aku..
Aku ni jenis pantang kalau orang buat apa apa kat adik aku.. Tak kisah macam mana jadi .. aku akan back up adik aku .Walaupun kena bertumbuk.
Satu hari , kawan sekelas aku dan sejawat dengan aku cari gaduh dengan adik ..Apalagi aku serbu lah kan ..Tak sanggup tengok adik disakiti ..
Hampir bertumbuk tapi aku sabar.Tangan adik aku luka..
Aku 'sound' dia ..Lari lintang pukang ..HAH! Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah..
HAHAHA....Bergenang air mata menceritakan kisah lama ..
                                                              ~sekian~





sahabat baik ku

Aku berkawan dah tiga tahun dengan dia,
Dia baik..Sentiasa support aku.
Aku anggap sebagai kembar aku.
Walaupun dia chubby tpi dia still cantik cantik dimata aku
Aku sayang dengan kau ,kawan
Kau selalu berada disisi aku ,kalau aku happy,susah.
Family kau dan family aku pon agak rapat.
Aku sayang sgt dengan kau ,kawan.
Aku rasa takde siapa yang boleh ganti tempat kau.
Segala suka duka kita berkongsi.
Aku tak tahu nak ungkap macam mana kriteria kau.
Hanya allah yang dapat pisahkan kita.
Aku nak tengok kau berjaya.
Aku nak tengok kau kahwin.
Aku nak satu Universiti dengan kau.
Aku rasa aku tak boleh kalau takde kau.
Walaupun kelas beza,tapi dimata aku kau tetap sahabat aku.
Aku sayang kau ..
Dan aku percaya persahabatan ini akan kekal.
Kau laa orang pertama yang sudi nak kawan dengan aku dulu di sekolah rendah.
Terima kasih kawan

Thursday 27 September 2012

Ku ingin kembali


Assalmaualaikum, kepada rakan dan taulan..
Dulu ada jugak Blog ni ,tapi ada sedikit masalah tentang blog ini yang merangkumi perasaan orang lain.
Eh, jahat nya ..haha
Takpe ,kali ini kita bangunkan semangat baru..
Pertama sekali ,
kita kena memahami cara penggunaan blog.
Ramai yang guna blog tanpa hala tuju.Setakat nak tunjuk perasaan and so on.
Ada yang guna secara salah ..
(ish ish ish)
Tapi yang sebenarnya,kegunaan blog ini adalah untuk menyebarkan maklumat yang faedah dan yang sepatutnya.
Untuk orang Islam,mereka menggunakan blog ini untuk menyebarkan dakwah atau nasihat dan sebagainya.
Jadi ,kesimpulannya disini ..Gunakanlah laman web dengan sebaiknya agar tidak tercetus fitnah dan dosa dan sebagainya.


p/s: Belajar dari kesilapan :)